Kerja Sambilan Di Rumah | Cara Buat Duit Dengan Blog

Assalamualaikum / Salam Sejahtera..

Post pertama ini ialah berkenaan cara buat duit dengan blog. Tidak mustahil anda boleh jana wang sampingan dengan hanya buat kerja sambilan di rumah iaitu menulis blog.

Telah ramai yang berjaya buat duit dengan menulis blog. Ini bukan auta tetapi fakta.

Antara kaedah atau cara buat duit dengan blog ialah seperti berikut:

1) google adsense
2) menawarkan ruang iklan
3) jual produk fizikal anda sendiri / jadi ejen dropship
4) program affiliate

Google adsense ialah satu platform yang disediakan oleh google bagi sesiapa yang ingin menjana duit dari blog yang ditulis. Kaedah yang digunakan ialah pay per click (PPC) atau bayar per klik. Untuk menggunakan kaedah ini, anda perlu mempunyai trafik atau jumlah pelawat blog yang tinggi. Anda akan dibayar disetiap kali pelawat blog anda klik pada iklan google yang dipasang pada blog anda. Pastikan iklan google tersebut dipasang pada ruang yang strategik untuk memaksimakan kebarangkalian dilihat oleh pelawat anda. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan google untuk menjadi agen google adsense ini. Untuk akaun anda dibenarkan untuk diletakkan iklan google, terdapat beberapa syarat blog yang perlu dipatuhi, jika tidak permohonan anda akan ditolak. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan google adsense, anda boleh membaca dari link berikut: 


Terdapat pelbagai ebook tempatan yang dijual yang menerangkan dari A sampai Z cara menjana wang dari google Adsense bermula dari memikirkan idea niche blog yang sesuai, cara meningkatkan trafik blog, cara mendapat kelulusan google untuk memasang google adsense sehingga sehingga mendapat wang pertama anda. Antara ebook tersebut ialah ebook yang ditulis oleh saudara Ahmad Munawwar. Anda boleh mendapatkan ebook tersebut di link di bawah:


Cara kedua buat duit dengan blog ialah dengan menawarkan ruang iklan dalam blog anda. Jika blog anda mempunyai jumlah trafik yang tinggi (mungkin dalam 1000 ke atas per hari) seperti blog hiburan, politik, sukan dan travel, anda boleh menawarkan mana-mana ruang dalam blog anda sebagai ruang iklan kepada sesiapa sahaja. Kadar yang dikenakan adalah berbeza mengikut ruang dalam blog anda. Lagi strategik ruang tersebut, lagi tinggi kadar sewa yang dikenakan kerana kebarangkalian untuk dilihat oleh pelawat trafik yang lebih tinggi. Anda boleh melihat dengan melawat mana-mana blog atau website yang popular, di mana anda akan mendapati terdapat iklan di tepi, atas atau bawah blog atau website tersebut. Ruang iklan-iklan tersebut kebarangkalian besar disewa dari pemilik blog atau website tersebut. Contoh blog yang terkenal (hiburan) ialah http://beautifulnara.com/.

Cara ketiga buat duit dengan blog ialah dengan menjual produk anda sendiri atau menjadi agen dropship. Untuk kaedah ini, anda perlu mempunyai blog niche yang spesifik. Contohnya blog anda membincangkan berkenaan tips-tips kesihatan, maka anda boleh menjual produk seperti ubat mengatasi jerawat, ubat menurunkan berat badan, ubat mengatasi resdung dan sebagainya. Produk tersebut boleh jadi produk anda sendiri atau anda menjadi agen secara offline atau online. Bagi agen secara online, ianya dikenali sebagai agen dropship. Agen dropship ialah anda menjual produk orang lain di mana segala proses penyimpanan, pembungkusan dan penghantaran dilakukan oleh pihak yang mencari agen tersebut atau pembekal. Tugas anda hanyalah mempromosi dan mencari pelanggan atau pembeli. Apabila sudah ada pembeli yang membuat bayaran harga pasaran produk kepada anda, anda perlu membayar harga agen kepada pihak pembekal dan memberikan segala maklumat pelanggan untuk penghantaran kepada pihak pembekal. Mudah bukan. Malah jika anda mampu menjual banyak produk tersebut dalam sebulan, maka tinggilah jumlah keuntungan yang anda perolehi setiap bulan. Banyak pihak yang menawarkan peluang dropship, anda hanya perlu google sahaja. Di bawah saya senaraikan beberapa laman yang menawarkan peluang untuk anda menjadi agen dropship.


http://www.mydnext.com/

http://www.mumblingbaby.com/How-to-join-dropship-company-best-in-malaysia
http://www.colourscosmeticsmalaysia.com/dropship
http://a-fashion-story.com/dropship
http://www.dropship.net.my/

Kaedah terakhir buat duit dengan blog ialah dengan menyertai atau menjadi agen affiliate. Tugas agen affiliate ialah anda meletakkan link atau banner penjual di blog atau website anda. Anda akan dibayar apabila pelawat anda membeli produk yang dijual dari link atau banner dalam blog anda. Kaedah ini dikenali sebagai pay per action (PPA) atau bayar per tindakan. Produk tersebut boleh samada dalam bentuk fizikal atau ebook. Contoh laman antarabangsa yang terkenal yang menjual produk fizikal dan menawarkan peluang menjadi agen affiliate ialah seperti http://www.amazon.com/. Komisen yang anda dapat dari satu produk yang terjual dengan menjadi agen affiliate mungkin dalam 5-10%, 20% atau lebih tinggi. Untuk berjaya menjana wang yang lumayan dengan menjadi agen affiliate, anda perlu mempunyai blog dengan niche yang spesifik dan produk/ebook pembekal yang anda paparkan dalam blog anda mestilah berkaitan dengan niche blog anda. Ini supaya blog anda mudah dipaparkan dalam muka-muka hadapan enjin carian apabila ada pelanggan yang membuat carian kata kunci. Contohnya, niche blog anda berkenaan cara mengatasi jerawat dan anda menjual ebook panduan mengatasi jerawat secara semulajadi. Di Malaysia juga, banyak platform/laman yang menawarkan peluang menjadi agen affiliate dengan menjual produk/ebook tempatan, antaranya ialah ashadee.com. Untuk menjadi agen, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dan kemudian memilih ebook yang sesuai dengan blog anda. Anda akan diberikan link dan banner untuk diletakkan dalam artikel atau ruang dalam blog anda. 


Jadi, saya telah menceritakan cara-cara buat duit dengan blog dalam post pertama ini. Semoga ianya bermanfaat untuk menjadi panduan berguna anda memulakan langkah pertama menjana duit dari blog yang ditulis dan menjadikannya sebagai satu kerja sambilan dari rumah.


Sekian, terima kasih.